Bismillah,

Sudah seminggu deman Piala Malaysia 2014 melanda.  Apa tidaknya, JDT ke Final la katakan.  Sejak menang dengan Felda United tempohari, wajah-wajah Johorean bersei-seri, termasuklah aku.  Sudah 2 hari berturut-turut aku berulang-alik ke Stadium Larkin, bukan beli tiket tapi sibuk beli Tshirt JDT buat koleksi.  Cousin dan adik di KL pun sibuk juga mengirim.  Secara tak langsung, jadilah aku penyokong tegar JDT.

Hari Rabu malam, para peyokong tegar JDT sudah mula berkampung di Stadium Larkin, beratur untuk membeli tiket.  Bayangkan berapa lama mereka berkampung.  Kaunter tiket hanya dibuka keesokkan harinya, jam 8:30 pagi.  Sungguh bersemangat mereka ni.  Pukul 11:00 pagi Khamis, aku ke Stadium Larkin, beli Tshirt.  Masih ramai lagi orang.  Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik sibuk membeli-belah.  Bila ditanya dari mana..... ada yang dari Batu Pahat, Muar dan serata tempatlah.... datang dari malam tadi dan tak balik-balik lagi.  The best part is, kebanyakkan penjual Tshirt bukan dari JB tapi dari KL.  Hai Bang.... orang KL kirim saya beli Tshirt di JB, abang dari KL jual Tshirt di JB?? Itulah namanya business.... cari peluang membantu yang memerlukan.

Anyway, tidak dinafikan, design Tshirt memang cantik-cantik.  Bangga dengan kreativiti mereka design gambar untuk Tshirt.  Belek punya belek, aku pun terjebak membeli beberapa helai untuk aku dan Najihah.  Offer Encik Suami tapi jelingan tajam yang aku dapat.... Hehehe.... Saja membakar..... Tak habis di situ, malam berjalan pula ke Bazaar Karat.  Nak tengok kemeriahan sambil mencari Tshirt JDT.... lagi!!!  Penjual dan pengunjung sama banyak.  Ini kali ke dua aku berkunjung ke mari. Nak juga tahu apa yang bestnya, yang selalu orang sebut-sebut.  Rupa-rupanya memang meriah.... untuk golongan muda dan mereka yang berkeluarga, berjalan santai dengan anak-anak sambil cuci mata.  Sana sini aku lihat banyak gerai menjual produk JDT, termasuklah Tshirt, daripada saiz sekecil kanak-kanak 2 tahun sehinggalah orang dewasa bersaiz 4XL.  Malangnya apa yang aku cari tak ada yang berkenan di hati.  Encik Suami menarik nafas lega.  Maka aktiviti malam ini hanyalah sekadar berjalan-jalan sambil menikmati keindahan Bandaraya Johor Bahru  yang berkerlipan dengan lampu yang pelbagai warna.

So guys, malam ni jangan lupa tengok Perlawanan Bola Piala Malaysia tau.... Harimau Selatan vs Tok Gajah!  Yang ke Stadium Bukit Jalil, semoga selamat perjalanan pergi dan balik.  Buat yang menonton di layar putih kedai mamak, dataran atau yang sewaktu dengannya dan di kaca televisyen, Selamat Menonton!  Nak sorak, sorak je,,,, jangan pendam, dikhuatiri mendatangkan kemudaratan, Hihihi....

Buat Pasukan JDT dan Pahang, semoga berjaya.  Kalah dan menang adat dalam pertandingan.  Yang penting "We are 1Malaysia!"  Mesti ada semangat kesukanan! (ceh wah!!)  HIdup JDT!!!!! (nak jugak tu.....)

Stay positive...... Stay cool...... Stay happy...... Assalamualaikum.....



Harimau Selatan vs Tok Gajah (Roarrrrrrrr.......)



Piala Malaysia 2014