Bismillah,

Alhamdulillah.... Hari ini anak-anak UPSR 2014 sibuk mengambil keputusan.  Ibu bapa pun sibuk menunggu keputusan keluar di sekolah masing-masing.  Aku pun tidak ketinggalan juga sebab ada beberapa orang anak didik ku yang mengambil UPSR 2014.  Berdebar-debar.... 

Tepat jam 11 pagi, handphone sudah mula berbunyi menandakan banyaknya message daripada whatsapp yang masuk.  Rata-rata dari parents memberitahu keputusan anak-anak mereka dan mengucapkan terima kasih.  Ada juga panggilan dari anak-anak didik itu sendiri mengumumkan kepadaku.  Terharu sangat-sangat apabila mereka mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah bersusah payah mendidik mereka.  Ada yang lulus dengan cemerlang dan ada juga yang keputusannya tidak begitu memberangsangkan.  Tapi yang paling best, mereka ni ataupun ibu bapa ni begitu positif.  Tidak putus asa.  Syukur alhamdulillah.....

Sudah pasti di FB or Twitter or IG, parents ber'bondong-bondong' menge'post' gambar anak-anak mereka atau keputusan anak-anak mereka.  Itu yang berjaya dengan cemerlang la tapi yang tak begitu cemerlang macamana pula?  Agaknya nak click 'Like' pun malas.  

Apa-apa pun kita perlu redha dengan apa jua keputusan yang keluar.  Jangan jadikan anak sebagai kuda lumba untuk kita berlumba-lumba ataupun bersaing dengan jiran sebelah ke, rakan dalam group ke, rakan seangkatan ke.... Yang bertunkus-lumus adalah anak-anak.  Ibu bapa dan guru-guru adalah pemberi semangat... 

Pada pendapat aku lah, pada hari ni ilmu agama juga amatlah pentingnya dengan ilmu akademik. Sekiranya seorang pelajar lulus dengan cemerlang dalam bidang akademik tetapi akhlak dan ilmu agamanya cetek, bagaimana kita nak kategorikan pelajar ini?  Berapa ramai ibu bapa yang sanggup menghabiskan duit sama banyak untuk menghantar anak-anak belajar di kelas tuisyen dan juga ke kelas-kelas agama?  Cuba kita renungkan..... 

Tak nak komen lebih-lebih.... Ini hanya pendapat aku sahaja.  Tetiba pulak terfikir....

Kepada anak-anak UPSR 2014, walau apa pun keputusan yang diperoleh, aku ucapkan setinggi-tinggi tahniah... Ingat! This is not the end of the world.... Perjalanan masih panjang lagi.  Masih ada ruang untuk memperbaiki segala kelemahan, samada dalam bidang akademik mahupun dalam kehidupan seharian.  UPSR hanya setakat di atas sehelai kertas tetapi elmu kehidupan dunia dan akhirat adalah yang sebenar-benarnya.

Stay Positive...... Stay Happy..... Stay Cool...... Assalamualaikum...