Bismillah,

Lama jugak aku tak update blog ni.  Ada sikit busy kot.  Anyway, sebenarnya excited dengan perancangan untuk pergi holiday.  Setiap awal tahun je mesti merancang untuk berjalan. Maklumlah, dah penat bekerja kan, mestilah nak merehatkan fizikal dan minda.  Kali ni destinasi kami ke Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.  Sangat-sangat teruja.  Lagi 2 hari nak berangkat, baru lah packing barang, barulah datang ke'excitement'nya.  Kami bertolak dari JB pada hari Rabu, 10/12/2014 ke KL.  Flight dari KL ke BKI pada hari Khamis, 11/12/14 jam 8:30 pagi.  Maka, bergeraklah kami dari BTHO (rumah adik) pada jam 4:30 pagi.  Punyalah excited, sampai susah nak lena malam tu.  Pukul 3:00 pagi dah bangun dan kejutkan yang lain.

DAY 1
Alhamdulillah, kami sampai di Negeri Di Bawah Bayu pada jam 11:05 pagi.  Dari atas (dalam pesawat), sangat cantik pemandangan di bawah, di kelilingi pulau-pulau yang kecil dan besar. Setelah melepasi imigresen, kami terus ke balai bagasi.  Nak jadikan cerita, luggage anak saudaraku, Kak Long, pecah!  Roda pun boleh tercabut!  Macamana tu? Salah siapakah itu?  Apa lagi, teruslah adikku ke kaunter beg dan minta penjelasan.  Alhamdulillah.... pihak MAS bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.  Kami boleh beli beg yang baru dan claim pada pihak MAS harga beg baru tersebut.  Cayalah MAS! Terbaek!!!

Di luar, van Hiace dan guide telah menunggu kami.  Van yang conditionnya amat tip top.  Kami bersalaman dan berkenal-kenalan dengan Syukri, guide kami.  Syukri terus membawa kami ke Zara's homestay di Cybercity untuk check in.  Homestay yang selesa dan bersih.  Tq Zara's Homestay! Syukri mengambil kami semula pada jam 1:00 petang untuk makan tengahari di Restoran D'Lengkuas.  Makanan di situ memang power. Then, kami ke Pasar Kering dan Pasar Philippine. Masing-masing teruja memborong ikan kering, udang kering, ikan bilis, belacan dan kuih cincin. Harga barang-barang kering di sini jauh lebih murah dari di Semenanjung.  Itu yang semuanya memborong.  Kemudian, kami ke Anjung Senja untuk menikmati 'Pisang Goreng Cheese' yang sering diperkatakan.  Jam 5:30 kami ke Tanjung Aru untuk melihat 'sunset'.  SubhanAllah.... cantiknya.

Sebelum pulang ke homestay, kami makan malam di Restoran Ahmad Albab.  Sangat berpuashati dengan portion yang amat banyak.  Habislah diet aku.... huhuhuhu.... Apa-apa pun, holiday kena enjoy!  Tq Cikgu Syukri!



Senja di Tanjung Aru



Memborong di Pasar Kering

Nak tengok gambar-gambar lagi?  Nantikan 'DAY 2'....

Stay happy...... Stay positive...... Stay cool....... Assalamualaikum.... :)