Bismillah,

Tiba-tiba teringat pulak trip ke KK dulu.  Tengok semula gambar-gambar yang ada, rasa macam nak terbang semula ke sana.  In sya Allah tahun ni boleh plan lagi.  Let me share our Day 2 in KK.

Day 2
Punyalah excited hari kedua di KK, seawal jam 5:00 pagi dah bangun tapi di Sabah, 5:00 pagi tu sebenarnya dah pukul 6:00 pagi.  Misi kami hari ni adalah "melompat" dari satu pulau ke satu pulau di Taman Laut Tunku Abdul Rahman.  Kami menaiki "speed boat" dari jeti di bandar KK.  Nak naik bot pun challenging jugak.  2 orang abang bot dah menunggu kami di jeti.  Pulau yang pertama dituju adalah Pulau Mamutik.  Pelik jugak namanya.  Pulau ni tersangatlah cantiknya.  Perjalanan dari jeti KK ke pulau ini hanya 10 minit je.  Setiba di jeti pulau, ramai juga pelancong di situ.  Di pintu masuk pulau, jangan lupa bayar harga tiket Taman Laut, RM5.00 seorang.  Teruja kami melihat pantai dan pasir yang putih. Suka3x.....Aku ni pantang nampak laut...

Tetiba datang seorang hamba Allah yang memperkenalkan dirinya sebagai "Jai".  Rupa-rupanya dia ni agent di sini yang mempromosikan segala aktiviti di pulau... Bayar tau, bukan free!  Aktiviti-aktiviti yang ada seperti Para-sailing, banana boat, sea walk dan macam-macam lagilah.  Yang tak berbayar cuma snorkelling dan jungle trekking je.  Setelah berkira dan berhitung, 6 daripada kami bersetuju untuk mencuba Para-sailing yang agak-agak best tu.  Boleh ke aku naik ni?  Aku ni dahlah gayat tapi kata Encik Jai kita ni, orang gayatlah yang patut naik benda ni.... Huhuhu... Untuk tidak menjatuhkan maruahku, deal!  Sebelum naik tu, sempat gak bersnorkelling.... Sangat best! ikan pelbagai warna, ada di gigi air je.. tak perlulah ke tengah-tengah.  Batu karang yang masih muda pun banyak.

Now, it's time for para-sailing!  Dengan penuh confident aku naik bot.  Kami dah pilih partner masing-masing... tapi kami merancang, Allah yang menentukan.  Abang bot suruh tukar partner sebab seorang budak, kena naik dengan seorang dewasa.  Partnerku ialah Yasmin, anak buahku.  Aku ingatkan bolehlah relax lagi sambil menikmati angin laut tapi abang bot terus panggil aku untuk mengenakan "seat belt" bagai ni... Tercengang aku tapi akur.... Jantung dah berdegap-degup.  Tabik spring untuk abang boat.  Cepat betul dia pasang semua dan terus suruh aku and partner ke deck. Alamak!!! Dia ajar kami cara nak naik dan landing.... And.... here it goes!!! Tali dilepaskan perlahan-lahan dan kami pun tergantung perlahan-lahan... "Maakkkkk!!! Tolongggg!!!".... Menjerit jugak kami berdua... Makin lama, makin tinggi.  Mula-mula gayat jugak tapi lama-lama jadi best! Pemandangan dari atas amat, amat, amat cantik.  Kelihatan Gunung Kinabalu dari kejauhan yang puncaknya diliputi awan putih.  Di bawah, laut yang berwarna biru pekat amat menggerunkan... tak berani tengok bawah.. Bandar KK amat jelas dari atas.  Tidak dengar apa-apa bunyi kecuali bungi angin menderu laju.  Satu pengalaman yang susah untuk diceritakan.  10 minit berlalu dan kami mendarat dengan selamat di atas deck.  Macam rasa tak nak turun tapi apakan daya.... Nak naik lagi, bayarlah!  Giliran yang lain pulak.

Next destination, kami bersiar-siar ke 3 buah lagi pulau iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Gaya.  Di Pulau Gaya inilah letaknya perkampungan air.  Rumah semua didirikan di atas air.  Unik betul... semasa kami lalu, kanak-kanak melambaikan tangan ke arah kami.  Yang ada tu, bukan main bersahaja terjun ke air dari rumah mereka.... Tunjuk skill lah tu.... Di pulau ini jugak ada sekolah atas air.  Menakjubkan.... sekolah rendan dah sekolah menengah yang menempatkan kira-kira 1000 orang pelajar.  Sangat cantik dan berair-cond lagi tau.  Pengangkutan di sini hanya bot sahaja.  Jika mereka nak membeli barang-barang keperluan, kenalah ke bandar KK.  Setelah puas berlegar, kami pulang ke jeti KK.  Perut dan berkeroncong.... Time for makan!

Cikgu Syuk membawa kami ke Graceland Point untuk lunch cum tea break.  Malam, sebelum dinner, kami ke Musical Fountain, Perdana Park.  Ada 4 show tapi kami sempat tengok pada show yang ke tiga.  Sama je seperti di Putrajaya, air pancut menari mengikut irama muzik.  Orang yang mencipta benda ni memang brilliant!  Next, kami ke Pasar Malam Jalan Kg Air.  Nak ke sana, jalan amat sesak tapi bila sampai, lenganglah pulak.  Peniaga lagi ramai daripada pembeli.  Bazar-bazar menjual barang-barang perhiasan wanita daripada mutiara memang banyak dan murah berbanding di Pasar Philippine.  Aku pun boronglah untuk dijadikan cenderamata.  Then, kami makan malam di Todak Waterfront.  Seafood yang sedap dan harga yang berpatutan.

Dah kenyang, mata pun jadi layu.  Penat bermain air dari pagi dan aktiviti selepas tu membuatkan badan jadi letih.  Time to sleep.... Tak sabar nak tunggu esok hari.  Aktiviti yang lagi best!!! Tunggu.......

Stay happy........ Stay cool....... Stay positive....! Assalamalaikum....



"Makkk!!!! Tolongg!!!!"



Sangaaatttt besssttt!!!