Followers

Sunday, 14 June 2015


Bismillah....

Lamanya menyepikan.... tak sempat-sempat nak meng'update' blog ni.  Anyway, pejam celik, pejam celik dah naik sekolah.  Cuti 2 minggu dirasakan sekejap sangat.  Maybe terlalu occupied, tu yang nampak macam tak cukup masa.  Jom aku story tentang holiday kali ni.  Biasalah, cuti sekolah ni memang ditunggu-tunggu untuk berehat.  Walaupun ni semua last minute plan tapi alhamdulillah menjadi jugak.

Destinasi kali ni aku pilih 3 tempat tapi yang menjadinya hanya 2, satu malam di Melaka dan 1 malam lagi di Port Dickson.  Plan bermalam di Perak tak menjadi sebab En Suami malas nak merempuh jem....

Di Melaka, aku pilih untuk stay di MASBRO Village Melaka di Paya Rumput Indah.  Tempat ni masih baru lagi.  Masuk dari exit Ayer Keroh, aku ikut lah Mr Wazzy.... huhuhuhu..... Mr Wazzy bawak kami redah kampung.  Bila tiba di kawasan Paya Rumput, terus aku call owner homestay.  Setelah diarahkan ke mana, barulah aku perasan rupanya dekat sangat dengan tempat kami sesat.  Anyway, tempatnya memang sangat cantik!  I LIKE!!!....

Tempat ni baru lagi, baru je few months.  Homestay yang dah siap cuma ada 4 unit je.  Itu pun 2 unit je yang disewakan.  Lagi 2 adalah office dan untuk keluarga owner.  Boleh muat untuk 6 orang.  Atas ada 2 Queen size bed dan bawah ada 1 sofa bed.  Homestay ni adalah ala-ala English Cabin.  Ada lagi beberapa unit yang sedang dalam proses dinaikkan.  So, for those yang terasa nak berehat di Melaka, bolehlah pilih tempat ni.  Malangnya website belum siap lagi.

Sebelah malam pulak, kami ke Bandar Hilir...apa lagi... River Cruise la. Dah pernah naik sebenarnya tapi waktu siang, so kali ni nak try naik sebelah malam.  Orang kata cantik.  Parking kereta agak jauh sikit di Dataran Pahlawan.  Jalan sambil dok leka tengok beca-beca yang berkeliaran.  Fuh! Memang creative la dia orang ni... Nasib baik anak-anak aku semua dah besar.... Apa taknya, beca bertemakan frozen la, barbie la, superman la.... aku tengok pun teringin nak naik.  Tiba di jeti, beratur beli tiket. Dewasa RM15 dan diberi satu beg kertas berisi cenderahati dari kerajaan Melaka kot.  Aku pun tak tengok sebab teruja sangat nak naik bot.  Menyusuri Sungai Melaka ambil masa selama 45 minit. Ok la, sangat cantik.  Tapi sayang tak berkesempatan nak snap photo.... Then back to our homestay untuk zzzzzzzz.... Penat sangat.

Destinasi seterusnya pada hari kedua adalah Port Dickson.... Lexis Hibiscus PD.  Jangan salah pulak ye.  Lexis ni ada 2.  Satu Grand Lexis dan yang ni Lexis Hibiscus yang berdekatan dengan Primaland. Tempat ni baru je dibuka awal tahun.  Tak dapat digambarkan cantiknya tempat ni.  Walaupun masih belum siap sepenuhnya, tapi amat berpuas hati dengan layanan dan chalet.  Kenapa dipanggil Lexis Hibiscus?? Sebab water chalets yang ada berbentuk bunga raya.

Lepas lunch, terus check-in.  En Suami dan anak-anak tak sabar nak terjun ke pool yang berada di dalam bilik,  Berkubang la mereka dengan kuak lentang, kuak kupu-kupu sampai masa nak dinner baru naik.  Huhuhu.... Lepas dinner sambung lagi Part 2.  Part 3 ada jugak lepas breakfast keesokannya.  Ada facility sewa basikal di sini, boleh round satu area yang besar ni.  Nak jalan, memang tak larat.  Aku hanya beristirehat, tengok movie yang disediakan.  Bila lagi nak bersantai habis.

Cuti 3 hari rasa sekejap sangat.  Masa untuk pulang.  Walaupun sekejap, masa yang diberi digunakan sepenuhnya.  Hehehehe...  Menunggu cuti lagi....

Stay happy..... Stay cool.... Stay positive.... Assalamualaikum...



MASBRO Village Melaka





LEXIS Hibiscus Port Dickson



Post a Comment