Bismillah,

Alhamdulillah... PT3 dah tiba ke penghujung.  Kepada adik-adik dan ibu bapa, boleh la menarik nafas kelegaan.  Tapi tak habis lagi tu.... PBS Band 6 menunggu... :).  Apa-apa pun, kita kena redha.  Itu lah kehidupan.  Pasti ada ujian dan cabaran.  Kalau tak ada, life is so dull....  Ujian membuatkan kita belajar erti sabar, tabah dan menyelesaikan segala situasi dengan jalan yang terbaik.  Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan setiap kesukaran pasti ada kemudahannya.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

{1}  Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu?  {2}  Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu.  {3}  Yang memberati tanggunganmu ?  {4}  Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu?  {5}  Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan.  {6}  (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan.  {7}  Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain).  {8} Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

(Ayat 6, 7 & 8, Surah Al-Insyiraah (MELAPANGKAN)
(Terjemahan Al-Quran)