Bismillah,

Alhamdulillah.... Akhirnya dapat juga satu blog sendiri. "Jealous" tengok orang lain ada blog.... Kita pun nak juga... hihihi.... Anyway, blog ini agak-agak "rojak" sikit. Tajuk pun am kan so bolehlah masuk berbagai-bagai cerita...

Thank you to Sis Lin yang banyak membantu. Almaklum la, saya budak baru belajar.... Luv u lah! 

Aku ni memang suka menulis tapi tengok idea jugak... Kadang-kadang merapu pun ada jugak.  Belajar dah banyak tapi masih tak masuk-masuk "gear 1".  Suka juga membaca.  In sya Allah, akan aku kongsikan apa sahaja maklumat, pengalaman daripada mana-mana buku yang dibaca.... kan "Sharring is Carring"....

Pagi tadi kerja aku seperti biasa, berhempas pulas dengan kertas menyediakan soalan untuk para student PT3 selain menyusun jadual kelas.  Tiba-tiba dikejutkan oleh 1 mesej.... student jatuh basikal, patah tangan kiri.... Ya Allah! Exam minggu depan, macamana nak menulis??  Tapi nak buat macamana.... Kita merancang, Allah swt menentukan.... Redha... Semoga Muhammad Arsyad cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Lepas Zohor bergegas keluar, dating dengan Sis Lin... Terlajak laris pulak sampai pukul 3:30. Berkejar ke Bukit Indah untuk "beramah mesra" dengan si cilik Rasydan. Alhamdulillah hari ni dia focus lebih sikit daripada hari-hari lain.  Syabas! ..... Bergegas pulak ke Senibong Cove untuk class jam 5 petang. Betul-betul marathon.... "Ya Allah, Kau selamatkanlah perjalanan ku pergi dan balik"..... Amin....

Keluar Bukit Indah, hujan sepanjang perjalanan.... Lebat dengan kilat dan petir.  Bab ini lah yang paling aku tak gemar.  Sudahnya memandu dengan tangan kanan dan tangan kiri tutup telinga sambil mu,ut kumat-kamit berzikir.  Dah macam mengaji pulak... Tiba di Senibong Cove, setitik air hujan pun tak ada.  Ini lah kekuasaan Allah swt.... Meneruskan perjuangan hingga jam 6:30 petang.  Tenaga mula menurun.... Recharge! Recharge!

Jam 8:00 malam sambung dengan "The Genius Wafiy".  Seperti biasa melayan kerenab dia yang sentiasa "stone" je... Sabar lah duhai hati... "You can do it, Wafiy! Yeay!" (unsur-unsur pemberi semangat).  Setelah berhempas-pulas, akhirnya berjaya menghabiskan perjuangan untuk hari ini.

Alhamdulillah.... hari ini berlalu begitu pantas... dan yang pasti ianya lebih baik dari semalam.  Semoga hari esok juga dan hari-hari seterusnya juga begitu.  Stay cool, stay happy... Allah will always be with you.... As salam....