Bismillah,
Tengahari semalam sempatlah ke Taman Bukit Dahlia sekejap melawat kawan yang kemalangan tempohari. Alhamdulillah keadaannya sudah bertambah sihat. Ramai jugak kawan-kawan yang bertandang. Tuan rumah rajin pulak menghidangkan kami dengan hidangan yang menyelerakan tekak....."Nasi Ambang"!
Tahukan Nasi Ambang tu apa? Bagi yang tidak tahu, ia adalah makanan orang jawa yang biasanya dihidangkan di dalam dulang besar. Boleh makan dalam 4 - 5 orang. Sebutan betulnya, "Nasi Ambeng". Orang Jowo sebut macam tu. Bahan utamanya adalah nasi putih di letak di tengah-tengah dulang dan lauk-pauknya di sekeliling atau di atas nasi iaitu ayam / daging rendang atau ayam / ikan kari atau ayam / ikan masak kicap, sambal goreng (sayur, kacang, tempe, tauhu), ikan kering, serunding kelapa, mee goreng dan macam-macam lagilah. Nasi Ambeng ni famous di kalangan masyarakat Jawa terutamanya di Johor dan Selangor. Kebiasaannya dijamu ketika adanya kenduri atau keramaian samada di rumah, surau mahupun di masjid. Mengikut adat Jawa, "portion" di dalam dulang tu di bahagi kepada 4 atau 5 bahagian. Atas nasi tu diletakkan daun pisang. Sekiranya tidak habis makan, bolehlah dibungkus bahagian masing-masing untuk dibawa pulang. Katanya, "ambil berkat" dan mengeratkan pertalian saudara.
Cuba kita buat sendiri di rumah dan makan bersama keluarga, sure seronokkan makan anak-beranak. Berebut lauk.... Hihihihi
Sesiapa yang rasa nak makan "Nasi Ambeng" ni, bolehlah datang ke Johor. "Nasi Ambeng" di BBU pun sedap... Yang ori tau!
Nasi Ambeng 1.... Teh Tarik 1!!!
Stay positive...... Stay happy..... Stay cool...... Assalamualaikum...
Inilah rupa "Nasi Ambeng".... sedap kannn.....
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.