Bismillah...

Pejam celik, pejam celik... dah masuk Tahun Baharu.  Aku mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua sekiranya ada yang tersinggung mahupun berkecil hati.  Semoga dengan datangnya Tahun Baru ini, menjadikan kita lebih matang daripada segala segi.

Hari berganti hari, semalam berlalu, hari baru muncul dalam kehidupan kita.  Yang pasti, umur semakin meningkat, tidak akan turun-turun lagi.  Jika semalam, kita menyambut "birthday" yang ke 50, hari ini pasti umur dah jadi 51.  Mustahil akan turun ke 49.  Tetapi perubahan fizikal mungkin tidak berubah terlalu pantas.  Jika semalam rambut semua hitam, tidak mungkin hari ini rambut semua menjadi putih.... mungkin hanya sehelai, dua ..... Tetapi umur tetap melambangkan betapa dekatnya kita dengan sesuatu yang pasti dalam setiap yang hidup.  Tahap kesihatan juga perlu dijaga.  Jika dulu sihat sentiasa, berlari pun tidak berasa penat tetapi mungkin sekarang, naik tangga pun sudah penat.  Itulah namanya faktor usia.  Begitu juga apabila melihat wajah anak-anak.  "Dah besar anak aku... Begitu cepat masa berlalu.... Tua dah aku"... Tiba-tiba teringat pula umur kita sekarang...
Namun begitu, walau apa pun yang kita rasa, adakah kita faham atau terfikir tentang kesan-kesan yang berlaku itu?  Jom kita renung bersama....

"Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah, kemudian daripada air benih, kemudian daripada seketul daging, kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak, kemudian kamu dipelihara sampai ke peringkat dewasa, kemudian kamu sampai menjadi tua.  Dan ada antara kamu yang dimatikan sebelum itu.  Supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan dan supaya kamu memahami kekuasaan Tuhan"
(Terjemahan Surah Al-Mukmin 40:67)

Stay happy.....Stay cool..... Stay positive.... Assalamualaikum...