Bismillah....

Dengar cerita ada Pesta Buku Islam berlangsung di Angsana dari 16 - 19 Oktober ni... tapi tak tahulah sempat singgah atau tak.  Mesti bestkan dapat pergi.  Aku ni kalau pasal buku-buku ni, memang no. 1.  Suka sangat tengok buku-buku yang tersusun cantik, melambai-lambai pada kita mintak dibeli. hihihi....

Hari ni, aku nak share tentang terjemahan Surah Al-Fatihah (Pembukaan).

"Tunjukilah Kami Jalan Yang Lurus"
Ayat 6, Surah Al-Fatihah (Pembukaan)

"{1} Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  {2} Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.  {3} Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  {4}  Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).  {5}  Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.  {6}  Tunjukilah kami jalan yang lurus.  {7}  Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat."

Kadang-kadang kita baca tanpa tahu maksud sesuatu surah tu kan... Bagus sungguh terjemahan Al-Quran ni.  Sekiranya ada yang nak beli, carilah buku yang "handy" ni.  Diterbitkan oleh Knowledge Inbound Sdn Bhd.  Buku ni dihadiahkan oleh sis-inlaw aku, Puan Fida.  Thank you so much Fida. memang amat-amat bagus.  Baik pergi cepat ke Pesta Buku Islam tu... Sure adalah.

Stay cool.... Stay Happy.... Stay Positive.... Assalamualaikum...