Bismilllah,

Cuti Sekolah Akhir Tahun dah bermula.... Sure anak-anak menjerit kegirangan.  Dulu cikgu-cikgu pun sama juga.... happy je bila tiba cuti sekolah. Tapi sekarang, cuti ke, tak cuti ke, sama je kot. Cikgu sentiasa kena bertugas.... tanda kertas periksa, persediaan untuk tahun baru.... demi mendidik anak bangsa.  Thumbs up to all teachers!

Dah plan nak ke mana cuti sekolah ni?  Aku ni pening jugak sebab anak dara seorang ni dah tak sabar-sabar nak pegi holiday.  Nak tau ke mana aku pergi??? Sabar....... Tunggu nanti aku cerita selepas balik bercuti ye.... Cuti sekolah kali ni pun pendek je.  Pejam celik, pejam celik... dah nak sampai penghujung bulan November.  

Untuk anak-anak yang sedang menunggu result UPSR dan PT3.... semoga kalian beroleh kejayaan yang cemerlang.  Cuti tu cuti jugak, buku jangan lupa tau.... Isikan masa dengan sesuatu yang bermanfaat... Masa ni lah boleh baca novel dan menanam sifat sukat membaca untuk mengukuhkan lagi bahasa.... baik Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris.  Ceh wah!

Stay positive..... Stay happy..... Stay cool.... Assalamualaikum...