Bismillah,

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2015.... Happy New Year!  Agak sibuk sikit kebelakangan ni dengan aktiviti-aktiviti yang non-stop.  Ada yang betul-betul busy, ada gak yang buat-buat busy.  Apa azam baru 2015 ni ?  Atau azam lama ditunda ke tahun ni ? :)  Apa-apa pun, azam tetap azam, yang penting adalah tindakan dan perlaksanaan kan.....

Alhamdulillah... Selamat datang 2015 dan goodbye 2014 yang banyak meninggalkan kenangan baik pahit mahupun manis bagi negaraku tercinta, Malaysia.... Kehilangan MH370 yang sehingga kini tiada khabar berita.  Perasaan sayu dan hiba masih terasa sehingga kini terutama ahli keluarga yang terlibat.  Belum habis meratapi kehilangan MH370, timbul pulak peristiwa MH17 ditembak jatuh. Amat menyayat hati.  Sekali lagi rakyat Malaysia berkabung sebagai tanda hormat kepada mangsa nahas.  Then, datang pulak cerita panas tentang format terkini Sisitem Pendidikan Malaysia... daripada PBS tukar ke PT3.  Kecoh satu Malaysia..... Disambung pula dengan kebocoran kertas-kertas UPSR.....  Sepi seketika.... Tiba-tiba, ketika Malaysia baru nak bersibuk-sibuk dengan tahun baru, kita digegarkan pulak dengan berita banjir di pantai timur.  Pada mulanya macam tak serius, rupa-rupanya banjir yang melanda amat menyedihkan.  Negeri-negeri pantai timur terutama Kelantan hampir musnah.  Peristiwa ini berlanjutan hingga ke hari ini dengan proses pemulihan.  Temerloh juga menerima nasib yang sama.

Sebagai rakyat Malaysia, aku berbangga degan tindakan rakan-rakan yang terlibat dan turun padang untuk membantu mangsa banjir.  Walaupun tidak dapat menolong di sana, aku di JB dapatlah menghulurkan serba sedikit bantuan bersama rakan-rakan di sini.  Semoga semua mangsa banjir di Malaysia tabah menghadapi ujian daripada Yang Maha Esa.  Begitu juga kepada kita semua, semoga Malaysia tercinta sentiasa di bawah lindungan Allah swt... Bersyukur dan redha.... Semoga ada mentari yang menunggu di sebalik awan yang mendung....(ceh wah...)

2014 menjadi kenangan.... Hadapi 2015 dengan lebih positif....

Stay Happy..... Stay Cool..... Stay Positive.... Assalamualaikum...