TRIP TO KUANTAN-TERENGGANU-KUANTAN
(8/11/2019 - 10/11/2019)

Siapa kata akhir tahun tak boleh bercuti ke Pantai Timur?  Ada yang kata, “musim tengkujuh la, nanti bercuti dalam hujan, banjir la.”  Tapi itu semuakan kerja Sang Pencipta.  Kita hanya boleh terus berdoa dan bertawakal.

     Entri kali ini, setelah lama menyepikan diri akibat ketandusan idea, aku nak cerita tentang trip bersama kawan-kawan sekolah ke Pantai Timur.  Kami satu sekolah tetapi ada yang berlainan kelas.  Namun itu semua bukan penghalang untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kami.  Sesekali dapat lesen besar, tentulah dimanfaatkan sepenuhnya.

     Program ini ‘adhoc’.  Program asal ke Pulau Mutiara dibatalkan atas sebab tidak mendapat kata sepakat.  Akhirnya, tercetuslah plan ke Kuantan.  Maka, aku pun mulalah ‘reiki’ tempat-tempat yang boleh bersantai bersama kawan-kawan dan menyediakan ‘itinerary’ giteww.

     Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.  Tiga buah kereta bergerak menuju destinasi.  Check point pertama adalah Mersing, berhenti untuk bersarapan di area Tanjung.  Sarapan apa?  Sudah tentulah Nasi Dagang!  Rasa?  Okaylah....  Banyak deretan gerai di situ yang menjual sarapan pagi tapi kami terpanggil untuk memilih yang ini.


Bersarapan bersama tokey Feri Bluewater

     Alhamdulillah setakat ini cuaca agak redup, tidak hujan.  Selepas bersarapan, ada pula yang hendak ber’posing’ di tepi sawah.  Kg Tenglu, Air Papan menjadi port kami seterusnya.  Walaupun tiada padi yang menguning, cukuplah hanya dengan berlatar belakangkan petak-petak sawah yang berselut.  Janji “sawah”.


Cuaca masih lagi mendung
Kg Tenglu, Air Papan


     Next destination?  Pahang Darul Makmur!  Beberapa daerah kami lalui sebelum sampai ke Bandar Kuantan seperti Endau, Rompin dan Pekan Bandar Di Raja.  Pekan terkenal dengan Puding Di Raja dan kami sempat singgah di Serambi Pekan untuk merasa salah satu menu Di Raja ini. 


Dapat snap yang ada dalam chiller je... jadi lah

     Setibanya di Kuantan, kami terus ke Akob Patin House untuk makan tengah hari.  Semua sudah kelaparan.  Akob Patin House ini terletak di Lorong Hj Abdul Rahman 1, Bandar Kuantan.  Menu utama?  Mestilah Ikan Patin Tempoyak! Selain Patin Tempoyak, ada juga menu lain seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Padi.  Rasa lauk-pauk yang ada di sini, sangat sedap dan menyelerakan.  Harga juga berpatutan.  Maka, makanlah kami dengan berseleranya, lebih-lebih lagi makan secara berjemaah.




     Selepas ‘lunch’ mestilah pekena ‘dessert’ pula.  Dari Akob Patin House ke Kula Cake House, tak jauh mana pun.  Hanya perlu berjalan kaki melintas jalan besar.  Maka bertempiaranlah ‘mak-mak bonda’ melintas jalan yang sudah pastinya sangat sibuk.  Signature Cake - Mango Cheese Cake di sini sangat special.  Kami order beberapa potong dan tiga lagi kek berlainan nama dan rasa.  Yang pasti, semuanya sedap belaka.  Lagi best apabila dapat menikmati ‘dessert’ di luar cafe ala-ala ‘Garden in the City’.  Apalagi!  ‘Posing’ sakan la!




Mango Cheese Cake - Kuning

     Konsep kami, lepas makan, mesti kena jalan untuk bakar lemak.... kononnya!  Sudah namanya pun bercuti, lepas makan, makan lagi.  Kali ini kami sepakat menuju ke Murtabak Mengkasar di Bukit Sekilau.  Memandangkan semuanya kekenyangan, kita kasi ‘tapau’ sekeping murtabak ayam dan sekeping murtabak daging.  Bekalan ini untuk ‘dinner’ kami nanti.  Agak-agak cukup ke nak makan 6 orang?  Malangnya, aku terlupa nak snap gambar murtabak.  Rasa murtabak ini memang best!  Tebal dan intinya berbaloi-baloi.  Harga pun sangat berbaloi.  Highly recommended!





     Last destination for Day 1, Teluk Cempedak.  Tak sahlah kalau tak singgah ke Teluk Cempedak jika berada di Kuantan.  Tapi aku tak berapa gemar dengan ‘view’ di Teluk Cempedak sekarang, sangat berbeza dengan 25 tahun dulu.  25 tahun???  Memanglah tak boleh nak dibandingkan dik oi!  Pantai kurang bersih, pasir kurang putih, air laut masih tetap hijau dan kelihatan banyak kera bersukaria dan bermesra dengan para pengunjung. Huhuhu!



     Dah penat ber ‘posing’, semua dah tak sabar nak ‘landing’ atas katil yang empuk setelah seharian berenjut dalam kereta.  Adena Beach Resort di Balok menjadi pilihan kami.  Bilik yang ditempah adalah 1 unit Premium Chalet mempunyai 2 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang tamu dan 1 unit Superior Room mempunyai 2 katil single.

     Selepas mandi dan makan malam dengan Murtabak Mengkasar (Alhamdulillah, cukup), kami mulakan aktiviti ber ‘posing’ dengan tema hari pertama - saksikan gambar di bawah :




     Kononnya malam tu semua nak tidur lambat dan berborak sampai pagi.  Banyak benar cerita yang nak dikongsi.  Malangnya, perkongsian cerita hanya dalam mimpi.  Mata masing-masing sudah terkebil-kebil menahan ngantuk.  Insya Allah masih ada hari esok untuk kami.  Yang pasti, semuanya enjoy walaupun letih.

     “Esok bangun awal!  Siapa lambat, tinggal!”  

     Nantikan aktiviti Day 2!

Stay happy...... Stay positive...... Stay cool....... Assalamualaikum....