TRIP TO KUANTAN-TERENGGANU-KUANTAN
(8/11/2019 - 10/11/2019)

“Esok bangun awal!  Siapa lambat, tinggal!”  Terngiang-ngiang suara malam tadi dan disebabkan amaran itu dan keterujaan hendak berjalan, bergegas semua bangun awal.  Tepat jam 7 pagi semua dah ‘tercatuk’ di Cafe Adena untuk bersarapan.  Makanan pun banyak belum dihidangkan lagi.    Punyalah ‘excited’  ‘cik kak-cik kak’ ni!


Wajah-wajah yang teruja !

     Selesai sarapan, kami terus sambung perjalanan yang terhenti semalam ke destinasi seterusnya.  Kuala Terengganu, here we come!!  Kami melalui Plaza Tol Cheneh dan terus ke Kuala Terengganu dan perjalanan mengambil masa 2 jam setengah.  Agak bosan juga melalui LPT ini.  Untuk menghilangkan bosan, kami sambung berborak disulami dengan gelak ketawa apabila mendengar cerita dari ‘Penglipulara’ kami.  Bak kata Hazama, “Ku Penglipulara....”.  Ko rasa siapa??  Biarlah menjadi rahsia antara kami.  Mohon maaf pada kereta No. 2 & 3.  Next time kita bawa ‘walkie-talkie’ ye.


Terengganu!  Here we come!


“Ku Penglipulara. aa... aaaa”

     Sampai di Kuala Terengganu, destinasi utama sudah tentu Pasar Payang.  Wah!  Pasar Payang berwajah baru!  Tempat meletak kenderaan juga baru dan mudah, cuma perlu berjalan sedikit disebabkan kereta yang banyak.  Cuti la katakan.  Tu dia!  Pintu masuk Pasar Payang!  Nampak besar dan macam bertingkat-tingkat tapi sebenarnya hanya setingkat sahaja.  Terdapat khemah-khemah putih di luar menempatkan pasar basah.  Di dalam bangunan utama ada Medan Selera, kedai-kedai menjual pakaian seperti batik, songket, peralatan dapur dan juga makanan kering seperti keropok, serunding.  Ada juga peniaga-peniaga menjual makanan tradisi tempatan di kaki-kaki lima seperti kuih yang tak kurang ‘famous’nya di sini - Kuih Akok.  Keadaan di dalam agak luas berbanding dengan bangunan lama.  Tapi berpeluhlah jugak!

     Masa yang diperuntukkan hanya 1 jam memandangkan kami hanya membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang dan selebihnya ber’window shopping’.

     Cukup ke 1 jam?  Sangat cukup!  Banyak tempat lagi nak pergi ni!


Di hadapan pintu masuk Pasar Kedai Payang


Serunding ayam ada, serunding daging ada, semua ada


Apalah yang cik kak-cik kak ni borong??  Batu lesung pun ada!


Pasar Basah


Sempat lagi!  

     Keluar dari kawasan Pasar Payang, kami melalui Pesisir Payang.  Kedudukannya terletak di tepi Sungai Terengganu dengan panorama yang sangat, sangat cantik.  Tunggu apa lagi?  Model-model separuh abad mula beraksi!

     Dari jauh pula kelihatan mercu tanda negeri Terengganu, “Jambatan Angkat” atau “Terengganu Drawbridge” berdiri megah.  Siapa sangka di Terengganu ada jambatan ala-ala “London Bridge”.  Ko hado???


Ada nampak akak happy??


Pesisir Payang


Sayang-sayang buah ke’Payang’

     Penat bergambar, semua sudah tidak sabar nak melalui Jambatan Angkat menuju ke Seberang Takir.  Naik sahaja jambatan, “Wow!”  Cari port ber’posing’.  Tapi kami teruskan perjalanan ke Seberang Takir dahulu mencari keropok lekor di Dynar Lekor.  Dapat juga tengok bagaimana proses membuat keropok lekor sambil membeli sepaket dua untuk dibawa pulang.


Terengganu Drawbridge


Proses membuat keropok lekor di Dynar Lekor, Seberang Takir

     
    Sebelum kembali ke Jambatan Angkat, kami berhenti sebentar di Pantai Seberang Takir yang mirip pantai di Australia.  Sayangnya, ketika itu masih terdapat kerja-kerja baik pulih pantai.  Air laut yang hijau, langit yang biru, panorama yang sangat cantik dengan bunyi deruan ombak menyebabkan kami leka menikmati keindahan alam tanpa menghiraukan sekumpulan pekerja ‘Bangla’ sedang berehat di pondok berdekatan.  Agaknya ‘Abangla’ ini pun pelik tengok ‘mak-mak bonda’ ni ber’posing’ maut.


Jika ada yang bercuti di Terengganu, singgahlah ke pantai ini.  Pasti tidak menghampakan.





     Kemudian, kami singgah bergambar di satu kawasan lapang untuk orang ramai ber’posing’ dengan berlatarbelakangkan Jambatan Angkat.

     Sudah penat beraksi, perut pun sudah mengalunkan pelbagai irama.  Destinasi terdekat adalah Pantai Batu Buruk.  Terdapat banyak gerai makan di bawah khemah-khemah putih dan kami singgah di salah satu gerai.  Tapi aku tidak ingat gerai yang mana satu.  Servis??? Aku beri 1 out of 5.  Pandai-pandailah hadam ye.  Lapar punya pasal, bedal saja lah.




     Now, tiba masa untuk kita pulang.  Perjalanan pulang kami mengambil jalan Terengganu-Kuantan.  Penat??  Bohong kalau aku kata tidak tapi berbaloi-baloi.  Di dalam kereta, sambung lagi sesi berborak.  Yang pastinya tiada  sesi ‘membawang’ ye!

     Tidak puas lagi ber’posing’??  Kali ini kami singgah di Pantai Penunjuk, Kijal dalam daerah Kemaman.  Pantainya??  Ya ampunnn..... Cantik bangat!  Tidak ramai yang tahu di Kijal ada pantai secantik ini.  Langit cerah, laut menghijau dengan batu-batu yang sangat unik membuatkan kami terpegun melihatnya.  Ramai juga pengunjung tempatan yang datang berkelah.  Ada satu alur sungai yang cetek dan jernih airnya mengalir berhampiran dengan batu-batu unik ini.  Indahnya ciptaan Yang Maha Esa.


Pantai Penunjuk, Kijal


Cantiknya awan...



     Sudah puas menghirup bayu laut, kami teruskan perjalanan ke Kuantan melalui bandar Cukai.  Bye Terengganu!  Insya Allah jumpa lagi (sambil plan dalam kepala bila nak mari lagi).  Dari Cendor, Cherating dan terus ke Balok, kami berhenti untuk ‘dinner’ di KFC Balok.  Perut mendidih, badan penat, ditambah lagi dengan servis yang sangat lambat... Ko rasa??  Tapi disebabkan kami ini ramai, masih lagi boleh bergelak ketawa, kuranglah stres.  



Wajah-wajah kelaparan

     Dinner settled!  Pecut terus ke Resort.  Tilam empuk seakan melambai-lambai menyambut kepulangan kami.  Program nak melihat kelip-kelip terpaksa dilupakan kerana mata kami sendiri dah berkelip-kelip menahan ngantuk.  Good night dear friends.  Siapa nak sambung berborak, sambunglah.  Aku sudah pedih mata.  Tapi sebelum tidur, sempat lagi ‘mengekek’ sepatah dua.  Dah nama pun perempuan kan!

“Esok boleh bangun lambat.  Kita santai-santai je!”  Suara siapa pulak ni??

Personalan :
Siapa sebenarnya jurugambar-jurugambar tahap “World” yang merakamkam gambar kami sepanjang percutian?

Kita jumpa Day 3!

Stay happy...... Stay positive...... Stay cool....... Assalamualaikum....