REMPAH MEE BANDUNG MAK PON MUAR

Akak ni sebenarnya tak begitu “favour” dengan mee bandung ni sebab kuahnya kadang-kala terlalu berminyak.  Kebiasaannya, apabila makan di gerai-gerai, minyaknya.... alahai....

     Tapi sekarang dah tak susah lagi.  Dengan adanya Rempah Mee Bandung Mak Pon, segalanya berubah!  Cehwah!

     Rencah ini sangat sesuai untuk suri rumah, wanita yang bekerja mahupun yang bujang kerana amat mudah disediakan.  Perencah ini ada dua jenis.  Perencah biasa, dalam paket putih berharga RM7.00, menggunakan udang kering gred rendah, manakala perencah “special”, dalam paket hijau berharga RM12.00, menggunakan udang kering gred bagus.  Memang terasa keenakkan udang keringnya.  Mana satu yang sedap??  Sudah tentulah yang ada


Perencah “special” RM12.00



Perencah biasa RM7.00


     Satu paket rempah ini boleh dihidangkan untuk 5 - 6 orang.  Di bawah, akak share cara penyediaanya.

     -  Rebus daging / isi ayam (ikut suka) sehingga empuk
     -  Masukkan rempah dan biarkan hingga mendidih
     -  Masukkan sayur, tauhu dan pecahkan telur
     -  Tambah air ikut kepekatan masing-masing

     Begitu mudah sekali!  Tak perlu susah payah nak menghiris bawang, cili, cari udang bagai.  Hanya leburkan semua, tambah daging atau isi ayam, telur dan celur mee.  Tu dia!!  Semua siap dan boleh terus dimakan.  Di belakang paket rempah juga ada tercatat cara-cara penyediaan.



     Di mana nak beli ni kak?  Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, mak cik- mak cik, pak cik-pak cik boleh dapatkan terus dari kilang Rempah Mee Bandung Mak Pon yang beralamat di :

Taman Lembah Padang,
Muar, Johor
Tel : 012-2620044 

atau

dari mana-mana agen penjual perencah mee bandung yang terdapat di media-media sosial.

     Jadi lepas ini sudah boleh sediakan menu menarik Mee Bandung untuk majlis berbuka puasa, rumah terbuka, kenduri dan apa pun majlis yang bersesuaian.

     Selamat mencuba!

“Ingat mee bandung, ingat Mak Pon!”