Salam hujung minggu ‘u alls’.  Apa aktiviti hujung minggu ni?  Dah lama betul tak ‘mengarang’ di blog ni.  Nak kata ‘busy’ sangat, tak la pulak.  Mungkin ketandusan idea atau minda pun menjalani PKP.

     Pejam celik, dah setahun lebih kita menjalani kehidupan ‘norma baru’.  Nak mengeluh?  Jangan!  Ini semua ujian daripada Yang Maha Esa untuk hamba-Nya.  Terima dengan penuh kesyukuran dan reda.



     Beberapa hari yang lalu, aku dikejutkan dengan satu berita sedih.  Suami seorang sahabat telah kembali menemui-Nya akibat C19.   “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

     Yang lebih terkilan, arwah suaminya dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung dan keputusan
‘swab test’ didapati negatif.  Namun siapa kita untuk menolak ketentuan takdir.  Tiba-tiba ada salah seorang pesakit di wad yang sama, didapati positif tanpa dia sendiri menyedari.  Maka semua pesakit di wad tersebut diarahkan untuk menjalani ‘swab test’ sekali lagi dan kali ini, arwah didapati positif.  Arwah bertarung nyawa di dalam ‘isolation room’ selama beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir tanpa keluarga di sisi dan sebelum sempat dipindahkan ke wad ‘ICU’.

     Kenapa pihak hospital tidak pindahkan arwah ke ‘ICU’?  Seperti yang kita dengar, wad ICU di semua hospital kerajaan sekarang dalam keadaan sesak dan penuh.  Itulah hakikat yang kita perlu terima.  Covid itu benar!

     Kepada keluarga arwah juga keluarga mangsa C19 di luar sana, salam takziah diucapkan.  Semoga tabah mengharungi dugaan daripada-Nya.  Untuk yang lain, sahutlah saranan PM dan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah agar terus kekal di rumah.  Keluar apabila perlu. 

     Nak aktifkan minda?  Jangan stress.  Banyak benda yang berguna kita boleh kongsikan di media sosial.  Kongsikan yang baik-baik agar minda kekal positif.  



Jangan murung ketika ‘lockdown’


Stay safe, stay positive.  Assalamualaikum.