Selamat menyambut cuti umum semua.  U alls sarapan apa pagi tadi?  Dengan keadaan sekarang yang semakin meruncing, pastikan kita mengamalkan pemakanan sihat.  Kalau boleh, roti canai, nasi lemak, lontong tu, kurang-kurangkanlah pengambilannya ye.  Bukan tak boleh tapi agak-agak la kan.

Aku?  Selalunya setiap pagi aku mesti ambil ‘Herbalife Nutritious Shake’ tapi pagi ni tular selera pulak.  Malam tadi aku dah sediakan 2 botol ‘Overnight Oats’ untuk Encik Suami yang nak berpuasa hari ni.  So, 1 botol untuk dia dan 1 botol lagi untuk aku bersarapan.  Alhamdulillah, mengenyangkan.



Botol Overnight Oat

Macamana nak sediakan ‘Overnight Oat’ ni?  Sangat senang tau.  Aku gunakan ‘Herbalife Nutritious Soy Protein’ untuk menambahkan keenakan di samping dapat menjaga kesihatan badan.

So, jom aku share!

Cara menyediakan ‘Nutritious Overnight Oat’ :

Bahan A: 
Botol yang sesuai
5-6 sudu besar Rolled Oat (Jangan guna Instant Oat)
1 sudu kecil Chia Seed
1 sudu besar Greek Yoghurt (Jika mahu)
Hirisan buah - pisang, anggur, kiwi (ikut kesukaan)
Low Fat Milk / Fresh Milk - dituangkan ke dalam botol mengikut paras Oat

Bahan B:
3 scoop besar Herbalife F1 - paling best Chocolate flavour
150ml Low Fat Milk / Fresh Milk / Air sejuk
‘Blend’ kan kedua-dua bahan ni hingga sebati

Tuangkan bahan B ke dalam botol berisi bahan A.  Boleh ‘topping’ kan dengan hirisan buah atau kekacang.  Kemudian, simpan di dalam fridge semalaman.

Keesokan paginya, bolehlah dihidangkan sebagai sarapan pagi atau sebagai ‘snacking’.
Sedap, sihat dan ringkas.

Stay safe, stay healthy, stay positive.



Rolled oat



Herbalife F1 Chocolate flavour