Dah seminggu keputusan SPM 2020 (Promax) diumumkan.  Keputusan yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang.  Tapi kenapa??  Peperiksaan yang sama setiap tahun.  Namun, sangat berbeza kali ini.

     Belajar zaman ‘covid’ ni sangat mencabar.  Belajar depan handphone, laptop, tab dan pelbagai gajet. Tak ada orang boleh pantau.  Ibu bapa pun susah nak pantau dengan sebaiknya kecuali dengan disiplin tuan punya badan.

     Kelas PDPR yang sangat terhad dengan cabaran game, YouTube, TikTok, Netflix yang hanya di hujung jari amat membimbangkan ibu bapa.  Mampukah anak-anak di bawah umur ni bertanggungjawab dengan diri mereka sendiri?

     Tapi pokok pangkalnya adalah rajin atau malas.  Tak ada yang pandai atau bodoh.  Semuanya adalah kehendak masing-masing.  Siapa rajin berusaha, dia pasti akan berjaya.  Siapa yang malas, cer fikir sendiri.



Anak saudaraku, Amir Yusuf bin Shakhir diwawancara oleh Berita BERNAMA

     
     Namun begitu, Alhamdulillah keputusan SPM 2020 telah membuktikan bahawa anak-anak ‘Promax’ memang mempunyai wawasan.  Semuanya atas disiplin dan usaha diri sendiri.  Sangat membanggakan.  Well done!

     Pesanan untuk semua, orang rajin hidupnya akan senang.  Orang malas, hidupnya akan jadi susah.  Malas ni adalah penyakit kronik.  Dalam apa juga yang kita buat sama ada dalam belajar atau bekerja, jauhilah sikap malas.

     Semoga kita semua tak malas membaca! 😉