Followers

Sunday, 14 June 2015


Bismillah....

Lamanya menyepikan.... tak sempat-sempat nak meng'update' blog ni.  Anyway, pejam celik, pejam celik dah naik sekolah.  Cuti 2 minggu dirasakan sekejap sangat.  Maybe terlalu occupied, tu yang nampak macam tak cukup masa.  Jom aku story tentang holiday kali ni.  Biasalah, cuti sekolah ni memang ditunggu-tunggu untuk berehat.  Walaupun ni semua last minute plan tapi alhamdulillah menjadi jugak.

Destinasi kali ni aku pilih 3 tempat tapi yang menjadinya hanya 2, satu malam di Melaka dan 1 malam lagi di Port Dickson.  Plan bermalam di Perak tak menjadi sebab En Suami malas nak merempuh jem....

Di Melaka, aku pilih untuk stay di MASBRO Village Melaka di Paya Rumput Indah.  Tempat ni masih baru lagi.  Masuk dari exit Ayer Keroh, aku ikut lah Mr Wazzy.... huhuhuhu..... Mr Wazzy bawak kami redah kampung.  Bila tiba di kawasan Paya Rumput, terus aku call owner homestay.  Setelah diarahkan ke mana, barulah aku perasan rupanya dekat sangat dengan tempat kami sesat.  Anyway, tempatnya memang sangat cantik!  I LIKE!!!....

Tempat ni baru lagi, baru je few months.  Homestay yang dah siap cuma ada 4 unit je.  Itu pun 2 unit je yang disewakan.  Lagi 2 adalah office dan untuk keluarga owner.  Boleh muat untuk 6 orang.  Atas ada 2 Queen size bed dan bawah ada 1 sofa bed.  Homestay ni adalah ala-ala English Cabin.  Ada lagi beberapa unit yang sedang dalam proses dinaikkan.  So, for those yang terasa nak berehat di Melaka, bolehlah pilih tempat ni.  Malangnya website belum siap lagi.

Sebelah malam pulak, kami ke Bandar Hilir...apa lagi... River Cruise la. Dah pernah naik sebenarnya tapi waktu siang, so kali ni nak try naik sebelah malam.  Orang kata cantik.  Parking kereta agak jauh sikit di Dataran Pahlawan.  Jalan sambil dok leka tengok beca-beca yang berkeliaran.  Fuh! Memang creative la dia orang ni... Nasib baik anak-anak aku semua dah besar.... Apa taknya, beca bertemakan frozen la, barbie la, superman la.... aku tengok pun teringin nak naik.  Tiba di jeti, beratur beli tiket. Dewasa RM15 dan diberi satu beg kertas berisi cenderahati dari kerajaan Melaka kot.  Aku pun tak tengok sebab teruja sangat nak naik bot.  Menyusuri Sungai Melaka ambil masa selama 45 minit. Ok la, sangat cantik.  Tapi sayang tak berkesempatan nak snap photo.... Then back to our homestay untuk zzzzzzzz.... Penat sangat.

Destinasi seterusnya pada hari kedua adalah Port Dickson.... Lexis Hibiscus PD.  Jangan salah pulak ye.  Lexis ni ada 2.  Satu Grand Lexis dan yang ni Lexis Hibiscus yang berdekatan dengan Primaland. Tempat ni baru je dibuka awal tahun.  Tak dapat digambarkan cantiknya tempat ni.  Walaupun masih belum siap sepenuhnya, tapi amat berpuas hati dengan layanan dan chalet.  Kenapa dipanggil Lexis Hibiscus?? Sebab water chalets yang ada berbentuk bunga raya.

Lepas lunch, terus check-in.  En Suami dan anak-anak tak sabar nak terjun ke pool yang berada di dalam bilik,  Berkubang la mereka dengan kuak lentang, kuak kupu-kupu sampai masa nak dinner baru naik.  Huhuhu.... Lepas dinner sambung lagi Part 2.  Part 3 ada jugak lepas breakfast keesokannya.  Ada facility sewa basikal di sini, boleh round satu area yang besar ni.  Nak jalan, memang tak larat.  Aku hanya beristirehat, tengok movie yang disediakan.  Bila lagi nak bersantai habis.

Cuti 3 hari rasa sekejap sangat.  Masa untuk pulang.  Walaupun sekejap, masa yang diberi digunakan sepenuhnya.  Hehehehe...  Menunggu cuti lagi....

Stay happy..... Stay cool.... Stay positive.... Assalamualaikum...



MASBRO Village Melaka





LEXIS Hibiscus Port Dickson



Wednesday, 14 January 2015

Penyakit Hati...


Bismillah,

Dua hari lepas aku terbaca satu post di media sosial daripada seorang rakan FB yang dihormati. Setuju sangat dengan apa yang beliau coretkan.  Rata-rata manusia ni tak lari daripada penyakit hati. Penyakit nilah yang paling sukar diubati oleh perubatan moden dan serba canggih.  Majoriti manusia pada hari ini adalah pengguna tegar dunia cyber...... melalui media sosial seperti facebook, twitter dan macam-macam lagilah.  Ramai yang suka meng'upload' gambar-gambar keluarga bercuti, makanan, hari ulangtahun anak-anak dan sebagainya.  Bila hal ni berlaku, ada yang mengatakan ditakuti akan menimbulkan riak, sombong dan angkuh.... Dan yang pasti dunia cyber amatlah berbeza dengan dunia nyata.

Cer kita tanya diri sendiri apabila kita tengok si A meng'upload' gambar hari lahir anak.  Adakah kita akan berkata..... "Eleeehhh.... macam dia sorang ada anak!" (sampai terjelir lidah) atau "Wah! Dah besar anak si A ni, cantik pulak tu," (lalu mengucapkan Tahniah pada si A). 

Mungkin hakikat sebenarnya, si A ni tak ada niat langsung untuk menunjuk-nunjuk, berasa bongkak, angkuh or whatsoever.  Dia hanya nak berkongsi cerita yang hari ni adalah hari lahir anak dia dan berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan.  Tapi yang puak lagi satu ni, si B, sibuklah dengan prasangka buruknya... "Macam dia sorang ada anaklah, macam dia sorang ada lakilah"..... So, cuba fikir, siapa yang sebenarnya ada penyakit hati ni.... si A atau si B ?

Aku rasa, kalau tak suka tengok, unfriend je atau block je lah... kan senang.  Tapi, ni tak nak kalah, masih friend, dah lah tu, skodeng pulak rumah orang.  Hihihihi......

Dalam Islam kan sering diberitahu yang kita kena berbaik sangka dengan orang.  So, kenapa masih mengamalkan sikap buruk sangka dengan orang ?  Cuba kita check hati kita, adakah hati kita lagi bersih dan mulia daripada orang yang kita berburuk sangka tu ?  Daripada kita nak fikir bukan-bukan tentang orang lain, baiklah fikirkan apa yang kita boleh buat untuk bantu orang lain atau beri manfaat kepada orang lain.  Lagi banyak faedah dan pahala...... kaaannnn....  Don't judge the book by its cover... tu pepatah omputeh... hehehehe

Bukan nak membebel tetapi hanya pandangan daripada seorang insan kerdil yang sentiasa mempelajari sesuatu setiap hari...

Stay happy........ Stay cool..... Stay positive.... Assalamualaikum...